MY Info
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak
jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika
berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah,
wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun
ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu
teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan
berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita
seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada
lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh
kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh,
dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali
menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia
berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan
orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak
ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya,
dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak
rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang
suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan
dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya
dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan
dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti
ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana
wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh
jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan
sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap
individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
0 comments